Klik Klik

Wednesday, February 15, 2012

Pendapat Dr. Asri Tentang Hadirkan Diri Perayaan Agama Lain.

Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.

Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.

"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.

Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.

Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".

"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.

Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...