Minum Starbucks, Pakai Nike, Klik Google = Sokong Gay!?

Itu citer yg aku dapat pagi2 isnin ni.
camana?
aku rasa isu boikot memboikot ni dah lama.
x.salah dh byk risalah tentang produk nih.
tp yg ni aku dapat dr akhbar perdana.
pada aku, kalu kita rasa was2 tak payah la guna or minum or makan ker.
sbb nya perkara ni agak complicated.
aku bg contoh, mcam gak hp nokia.
dulu org ckp beli nokia sokong yahudi.
McD pun sama gak.
So, kalo korang yakin ngan sumber korang, ikutlah Pandangan Hati korang yer.
Kan Pandangan Hati Itu Yang Hakiki!!

-----++--------------------------------+--++------------

CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesapengguna supaya memboikot Starbucks ekoransyarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata,penganutKristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganutKristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itudikeluarkanSelasa lalu,seharisebelum rang undang-undang tersebut dibentang diDewan Senat Washington.

Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganutKristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan diDewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel