Tazkirah Pagi Jumaat : Amalan Sesudah Mati

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah Ayat 180)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammads.a.w. bersabda:“Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara(yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Daripada firmah Allah dan hadith sahih di atas, ternyata mmg ada amalan yg mendatangkan pahala sesudah kita mati.
Islam Itu Indahkan. Setelah kita tiada didunia ni pun masih ada pahala yg dtg hasil peningalan kita.
Selain tiga perkara iaitu sedekah, ilmu dan anak yang soleh, suka aku ingatkan pada diri aku sendiri dan rakan2 yg betapa pentingnya kita menulis atau meninggalkan wasiat.

Aku teringat tazkirah sebelum solat jumaat minggu lepas yg ustaz tu bgtau yg org kita ni tak suka or jarang tinggalkan wasiat.
Mcm2 alasan yg biasa kita dgr.
Tetapi kita lupa, dlm kita mengejar duniawi, kita terlupa meletak saham or pelaburan di akhirat.

ustaz tu bg contoh, mengharapkan tiga perkara itu bukan lah sesuatu yg mudah berbanding  menyatakan di dalam wasiat ke mana harta kita patut dilaburkan sesudah kematian kita.

mgkin kita berjaya meninggalkan anak yang soleh/solehah. tp dek kesibukan dunia belum tentu anak kita. dpt menyedekahkan Al Fatihah kpd setiap kali selesai solat. plg tidak pun hanya ketika bacaan yassin mlm jumaat, atau pun pg raya sahaja.
ini hakikat yg pahit harus kita telan. x percaya? renung diri kita sudah cukup. berapa kali kita sedekahkan Al Fatihah pada kaum keluarga kita yg telah pergi.

jd ternyata kepentingan atau keprihatinan kita terhadap wasiat tu kurang. Alangkah beruntungnya kalau kita dapat sediakan wasiat menyatakan sebahagian harta kita didermakan untuk menyelanggara masjid.

tp timbul pula persoalan yg kita belum kaya untuk meletakkan wasiat sebegitu. apa istilah kaya? susahkan?
kalau aku ckp takda sapa yg kaya korang percaya x?
sbbnya kalo dah kaya, buat apa kerja. tp org kaya tu kerja jugak memanjang. sampai tak ada masa. kaya ker tu?
hehehe.
takpe lah. terpulang la pada masing2.
mgkin sudah masanya kita berfikir fikir wasiat apa kita patut tinggalkan.

Kata Aku: Err. penulis tiada kene mengena dgn Agen Amanah Raya yer. Sila cari sendirik agen yg berkenaan.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel