Klik Klik

Wednesday, November 16, 2011

Semak laman SPR mulai esok!!

PUTRAJAYA 16 Nov. — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukanmulai esokhingga 31 Dis ini.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata senarai nama itu akan dipamer melaluilaman web SPR dan laman web pejabat-pejabat pilihan rayanegeridiseluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkanpemilihberkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamer tampil membuat pengesahan berhubung statusrekod pemilih mereka.

"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya,” katanya dalamkenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh menghubungiIbu Pejabat SPR di talian 03-88856565atau melaluifaks 03-88889112atau menghubungipejabat-pejabat pilihan raya negeri. — Bernama

Mana tau nama korang tersesat ker!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...