Klik Klik

Monday, October 17, 2011

Menara Jam Mekah


Menara Abraj Al-Bait atau dikenali juga Menara Jam Diraja Mekah..hari ini kita diberitahu oleh Utusan yang menara ini diperingkat rekabentuk nya juga ada sentuhan rakyat Malaysia..
Alhamdulillah..terbukti..orang malaysia mmg setanding org2 dari negara barat..
Apa pun..aku tumpang berbangga.. ditempat yang suci itu ada sentuhan daripada saudara kita..


Namun dari satu sudut aku tertarik juga dengan tulisan ustaz nik nasri dalam blog nya..bahawa pembinaan seperti ini juga adalah petanda hari kiamat..terkejut??..disertakan juga dengan hujah beliau yang mana aku petik dari blognya..

'Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.'

Ternyata..di sebalik kemegahan pembinaan..ada perkara lain yang perlu jika kita fikirkan..bukan mahu bersifat katak bawah tempurung..takut melakukan perubahan..atau menongkah arus kemodenan..perkara seperti ini juga boleh kita jadikan iktibar dan renungan..Mungkin masa kita mengerjakan Haji nnti kompleks menara ini sudah siap..di masa itu sama2 la kita merenung sejenak tentang segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini..









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...