Klik Klik

Tuesday, February 15, 2011

Kenali Manusia Teragung - Rasulullah S.A.W

Detik Kelahiran


Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya .

Sewaktu Bayi

7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan menamakanya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".

Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.

Tujuan baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa:

Udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.

Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik.

Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)

Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup.

Zaman kanak-kanak

Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di Madinah semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia.baginda dipeliharapula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.

Zaman Remaja / Belia

Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan barang dagangannya ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.

Berusia 40 Tahun

Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5

Berusia 63 tahun

Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah

1 comment:

amiYo said...

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..

salam maulidul rasul.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...