Klik Klik

Tuesday, December 14, 2010

Tips Jimat Bil Air


Salam..korang kisah tak bil air nih..ke..mmg tak kisah pun sbb murah..ala..kalo isi rumah ada 4 orang..x sampai RM30 pun sebulan..kalo yang duduk 2 orang..pastu dok selangor plak..bila air free memanjang...

Haa..tp dalam tak sedar la kan..sebenarnya kita ni rakyat malaysia ni lah..mmg membazir giler air nih..yang menjadi isu nyer..yang membazir ni air bersih..maksudnya..guna lebey2..tak pun ..gosok gigi tp..air kat pili berjalan jerk..tul tak..nape? sbb bil air murah la..apa nak dikisahkan pon...

Tp.. x salahkan..kalo nak ber'HIJRAH' sket..bukan aku suruh pindah..tp..cuba2 tgk..tul ke kita tak membazir..ni ader tips yang nak dikongsikan...

Mencuci Tangan/Muka
Kalo bukak pili air selama 2 minit (18 liter)
Kalo guna besen air (2 liter)

Memberus Gigi 
Buka Pili air selama 5 minit (45 liter)
Menggunakan Gelas (0.5 liter) 

Mandi
Guna Tab Mandi yang penuh air (110 liter)
Guna shower (20 liter)

Pancur Tandas
Guna tangki biasa (13.5 liter)
Guna tangki 2 pancur
-Buang Air Kecil (4.5 liter)
-Buang Air Besar (9 liter)

Mencuci Sayuran
Guna Pili air selama 5 minit (45 liter)
Guna setengah besen air ( 9 liter bagi setiap sekali basuh dan dua kali bilas) 

Mencuci Lantai
Guna Air Pili selama 5 minit (200 liter)
Guna Baldi (18 liter bagi sekali basuh dan dua kali bilas)

Mencuci Kereta
Guna air pili selama 10 minit (400 liter)
Guna dua baldi air (18 liter) 

So ...korang kira sendirik la baper yang bole jimat..kalo boleh praktik kan yang betui..dan aku tak pun reka figure2 nih..bole dapat dari Jabatan Bekalan Air pun..
Anda Buat Anda Dapat!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...