Klik Klik

Wednesday, September 22, 2010

Indonesia larang calon amah ke Malaysia, Kuwait, Jordan.. !!???

Petikan dari Utusan Online Semalam;

Indonesia larang calon amah ke Malaysia, Kuwait, Jordan



21/09/2010 4:10pm

JAKARTA 21 Sept. - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas.
Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.
“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.
Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata, kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu. - Bernama.

Macam ada yang tak kene je kan..korang tak rasa ker diaorang patut buat kenyataan pasal ;

1.Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dibawa balik (Kos Ditanggung Negara Masing2)

2.PATI yang melakukan jenayah akan dibawa pulang dan di penjarakan di Indonesia

3.Amah bermasalah akan dihukum

4.Isu Amah, Kerajaan Indonesia Pastikan Tiada Dokumen Palsu

Aku bukan cakap kita je betul.. tp berapa ramai dah majikan tertipu ngan amah ni..pastu kadang2 diaorang ni amik kesempatan la. media pun patut bg ruang tentang isu majikan tertipu ni..baru la diaorang tahu..ada majikan yang bagus..tp di pijak kepala gak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...