Kenapa kita gembira bila tiba hari Jumaat
Adakah sebab besoknya ari sabtu so kita cuti? x payah g keje? adakah sebab waktu kerja kita pendek sbb kita p solat jumaat? atau sebab mlm tadi mlm 'jumaat'? sebenarnya dlm kita tak sedar pun kita tak dapat menafikan yang selalu kita rasa hepi bila tibanya hari jumaat kan. sebenarnya byk fadhilat ari jumaat ni.kalo korang tau aku nak refresh sket.termasuk utk diri aku sekali. Penghulu Segala Hari Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka per...