Jawapan KKR Untuk Jurutera CFS
Jurutera kontrak perlu mohon untuk diserap ke jawatan tetap KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) merujuk kepada surat bertajuk Jurutera Kontrak Lama Berkhidmat Mohon Diserap ke Jawatan Tetap yang disiarkan dalam ruangan ini pada 15 Mei 2012. Untuk makluman, pelantikan Jurutera Gred J41 secara Contract For Service (CFS) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pelantikan pegawai CFS telah dilaksanakan secara berperingkat dan dibayar atas konsep pembelian perkhidmatan di mana bayaran ditetapkan terhad kepada gaji, imbuhan tetap khidmat awam dan imbuhan tetap perumahan berdasarkan gred jawatan pegawai tersebut. Pegawai CFS juga layak mendapat bayaran dan kemudahan ketika menjalankan tugas rasmi seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan lain-lain kemudahan yang diluluskan dari semasa ke semasa. Berdasarkan konsep pembelian perkhidmatan tersebut, emolumen dan kemudahan yang diperol...