Ingat Ke 3 Dah Cukup. Kene 4 Jugak!!

Sumber Utusan Online

Lorongke-4LebuhRaya PLUS

TAMPIN 2 Sept. - Kerja-kerja membina lorong keempat di Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang 57 kilometer bagi mengatasi masalah kesesakan akan dilakukan mulai bulan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, projek pelebaran berkenaan meliputi kawasan dari Shah Alam ke Sungai Buloh sejauh 16.1 kilometer.

"Seterusnya dari Bukit Lanjan ke Plaza Tol Jalan Duta sejauh tujuh kilometer, Sungai Buloh ke Rawang sejauh 13.1 kilometer dan dari Nilai Utara ke Seremban sejauh 27 kilometer.

"Pada masa ini empat kawasan lebuh raya ini mengalami kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim cuti termasuk musim perayaan.

"Jumlah pengguna lebuh raya pada hari biasa kira-kira 1.2 juta sehari dan meningkat pada musim perayaan kepada 1.5 juta kenderaan berbanding Lebuh Raya Pantai Timur kira-kira 33,000 kenderaan sehari," katanya pada Jamuan Hari Raya Parlimen Tampin, di sini semalam.

Kata Aku: Ada org kata kalo hapuskan tol bole kurangkan kesesakan. Amacam? Nak tmbh lorong ke? nak hapuskan tol? Sila bahaskan. hejehehe

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel