Misteri Penamatan KPPA

Untung jugak bila pembangkang ni kuat bersuara. wakaupun ada benda yg kita rasa remeh temeh disuarakan, tp ada juga yg rakyat nak tahu.
Kalo senyap sunyi kompem tiada siapa yg nk bgtau.
Apa pun, toksah nak dipolitikkan sgt. Cuma pastikan jawapan tu biarlah relevan. Kalo PAS ckp KPPA tu ditamatkan dengan klausa Perkara 49 pastilah menimbulkan tanda tanya.
Setahu aku KPPA dah cuba sedaya upaya nak pastikan perkhidmatan awam terus bergerak selaras dgn kehendak dan keperluan negara.
Wallahualam.

Dari MalaysiaKini:

PAS: Jelaskan penamatan tugas Abu Bakar
Abdul Rahim Sabri | 12:46PM Jul 3 2012

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan tugas bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada 1 Julai lalu.

Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar,57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

Mahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara".

"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskankepada1.4juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel