Mengamok Kerana Duit Baki Beli Aiskrim

SEREMBAN 18 Julai - Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Kata Aku: Dah nak masuk bulan baik. . belajar belajar la diri utk kawal nafsu amarah tu. Pesanan utk diri sendiri gak!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel