Hebatnya Triple Double U

Lagi isu semasa.
Sebenarnya to be fair, jgn la citer sebelah pihak jer.
No plat ni mmg jadi kegilaan org berduit.
betul x?

X kan la x ada seorang pun ahli politik pembangkang pun beli no nih. x logik kan.
aku x kata aku sokong kerajaan 100%.
yg tak betul n x setuju, aku x sokong gak.

apa pun, hentam punya hentam.
akhirnya ada berita ni.

so, who's next?

MalaysiaKini : Liow akhirnya lepaskan WWW15
4:15PM Jun 11 2012

Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor [pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut.

"Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya.

"Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel