Datuk Bandar KL Yang Baru

Datuk Ahmad Phesal dilantik Datuk Bandar KL
7:06PM Jun 25 2012

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Julai ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Phesal, 58, menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai depan.

Katanya Ahmad Phesal yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran, pembangunan, dan perancangan wilayah serta pergurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

"Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti 'Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, River of Life' serta program-program pembangunan lain di ibu kota, (dan) ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur," katanya.

Ahmad Phesal menyertai perkhidmatan awam pada 1977, dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan.

Ahmad Phesal berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah daripada Universiti Wisconsin dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya.

-Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

uncle gedek said…
Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

~ Senyumlah Kuala Lumpur / Alleycats
Anonymous said…
saya pulak yg rasa best - ex student antro & sosio um..

:)

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel