4 Terma Tambah Baik Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mengumumkan empat terma rujukan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian berkesan kepada rakyat.

Menurut kenyataan sekretariat suruhanjaya berkenaan, terma rujukan itu termasuk

1: Merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

2: Memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran.

3: Memperkasa modal insan perkhidmatan awam bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan.

4: Mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.

Suruhanjaya khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi itu telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 7 Jun dan Rabu lepas dengan kesemua enam anggota suruhanjaya menghadirinya.

Suruhanjaya itu turut mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam negara melalui laman web http://docs.jpa.gov.my/skmtpa. - BERNAMA

Kata Aku : Tertakluk kepada TERMA dan syarat!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel