Klik Klik

Monday, May 7, 2012

Siapa Tak Penting !!

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

.....Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

Dipetik dari blog Khalid Samad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...