Klik Klik

Tuesday, May 8, 2012

Khas Buat Keluarga Peneroka: 15K tu hanya 30%. ?!

Peneroka Felda berhak dapat RM50,000 sekeluarga'
Mohd Rafizi Ramli @ Wong Chen | 5:30PM Mei 8, 12

ULASAN PKR telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka Felda.

Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. Felda akan menjual 59 peratus daripada pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru.

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65.

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion.

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion.

Jumlah keluarga peneroka Felda di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.

Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, PKR berpendapat Datuk Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30 peratus (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) daripada dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70 peratus daripada jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama PKR kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh Felda kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. PKR mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Kata Aku: Aik ari tu kata penyenaraian ni tak bawak untung? ni bole bawak untung nih. apa citer bai?

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

Tu pasal aku dah fedup dgn org yg kejanya asik nak bangkang2 je....aku tgk dah mcm org meroyan pun ada.....dulu belum apa2 lagi dah itu xleh ini xleh...dah dpt 15k pun tak cukup lagi nak 50k...reti2la belajar bersyukur...dah bagi betis nak peha...suma nak populer murahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...