Kemalangan Ketika Hari Belia : Keluarga Mangsa TAK Marah

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga yg cedera cepat sembuh. Apa pun mereka semua tak salahkan sapa2 buat masa nih. bagus, ini senario yg bagus. Semangat tidak menudingkan jari pada org lain adalah amalan yg sukar kita semai. Baik kerajaan apatah lagi pembangkang. Aku harap semangat ini dapat dicontohi oleh semua org. Bila berlaku sesuatu jgn cepat melatah yer. Cuma aku suka ingatkan ya, harap2 statement dibawah ni kekal. jgn nnti, ada dpt kol dari seseorang menyatakan mereka boleh saman penganjur, nmpk $€£¥RM, semuanya berubah. Ingat tuh yerr. korang dh ckp kat bwh ni.



Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

"Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.

Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.

"Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya.

Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.

"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

aku_ein said…
Kalau gi dengar ceramah UAI, agak2 kena macam ni x..hahaha
Unknown said…
bagusla kalau betul family dia cakap gitu..agak2 kalau kena kat anak si pak menteri dia cakap mcm tu ke tak..hehe
Ezzu Raza said…
itu lah yg aku cuba sampaikan, td kalo tgk malaysiakini, dh ada bunyi keluhan dah. aik. . nk tukar statement ker. hehehehehe

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel