Isu Muzakarah PAS-UMNO : Chua Soi Lek Melompat?!

Ternyata isu muzakarah ni isu lama.
Dr aku tak pandai citer pasal politik sampai la dah cukup umur untuk mengundi.
Tp aku tak paham bila MCA pun nak keluarkan kenyataan.
hehehe.
risau sgt ker?
jgn risau selagi ikut lunas Islam tiada siapa pun terabai.
Rasulullah dah buktikan sebelum ni.
Zaman dulu pun ada mcm2 puak.
org bukan islam tak perlu risau.
InsyaAllah.

MCA: PKR, DAP setuju PAS muzakarah?
Bernama | 11:56PM Mei 20, 12
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mempersoalkan sama ada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mendapat persetujuan daripada rakannya dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP untuk mengadakan muzakarah dengan Umno.

Beliau berkata, difahamkan pakatan pembangkang mempunyai satu ketetapan bahawa mana-mana dasar yang tidak dipersetujui bersama, tidak boleh menjadi dasar pakatan itu.

"Saya nak tanya adakah dia (Nik Aziz) dapat persetujuan daripada DAP dan PKR. Kalau tiada, ini bermakna kita tidak boleh pegang kepada apa yang diisytiharkan oleh pakatan pembangkang itu.

"Mereka akan berubah-ubah dengan harapan dapat meraih sokongan daripada rakyat," katanya pada majlis perjumpaan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Klang hari ini.

Beliau turut mempersoalkan bahawa jika tiada persetujuan daripada DAP dan PKR, adakah hasil muzakarah antara PAS dan Umno itu boleh diterima oleh anggota lain dalam pakatan itu nanti.

Mengenai peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel