Daftar Tanpa Pengetahuan!

Nazri: Pengerusi SPR bukan lagi ahli UMNO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kini bukan lagi ahli Umno.

Nazri berkata, Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

"Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno.

"Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

Mengulas lanjut, Nazri berkata Aziz (kiri) memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

"Yuran keahliannya dibayar ahli surau (tempat Aziz menetap pada masa itu)," katanya.

Hal itu bukan perkara asing malah turut berlaku pada dirinya sendiri sebelum ini, kata Nazri lagi.

"Saya jadi ahli kerana ayah saya mendaftarkan saya," katanya yang turut berjenaka bahawa ayahnya mungkin bertindak demikian kerana tidak mahu beliau menyertai DAP.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel