Betul Ke Hanya TIGA Penjawat Awam Yg Terlibat Dalam BERSIH 3.0?

Secara kebetulan hanya tiga org penjawat awam yg dikehendaki polis kerana terlibat dlm BERSIH 3.0

CUEPACS menyatakan hasrat untuk membantu polis dlm kes ni.
Aku rasa, ramai lagi yg terlibat, cuma mgkin 3 org ni wat kerosakan harta benda awam kot.

Nasi dah jadi bubur.
Lenkali pk lah betul2.
Kalo nak berhimpun cukuplah dengan sekadar duduk bantah.
Jgn ganggu kententeraman awam.
Dah nama pun penjawat awam kan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan melibatkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu Cuepacs menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui pemberita selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata Cuepacs juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku anggota perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa Cuepacs tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel