Klik Klik

Wednesday, May 30, 2012

Amy Search, Mus May, Ibnor Riza Sertai UMNO

Wah. . wah. . wah.
Takperlah, itu hak masing masing kan.
tapi bila time mengundi belum tentu pangkah BN lagikan.
hehejehe. kata undi adalah rahsia.
err. Awie bila plak?

Dari Malaysiakini.

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jikapartiitu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

aku_ein said...

Kalau artis masuk PAS, mesti orang UMNO kata, xperlu masuk PAS kalau nak kenal Islam..kan..kan..

Tapi kalau masuk UMNO?..jawab sendiri la..

Kesimpulannya, sukati la nak pilih mana yang patut, undi belum tentu lagi..kalau xsalah aku, Awie xpernah mengundi, dulu pernah masuk tv, tapi xingat tahun bila..rasanya 2004 kot..jadi kalau masuk je parti, tapi xdaftar sebagai pemilih, baik dok diam2 suda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...