Ziarah Kematian dan Orang Sakit

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."
(Riwayat Bukhari)

Semalam pergi ziarah kematian dekat klang. Kakak ipar punya mak mertua meninggal. Kiranya biras aku punya mak yang meninggal. Takziah diucapkan.

Dengan izin Allah, aku sempat bersembahnyang jenazah dan menghantar jenazah ke kubur.

Ternyata suasana kat kampung berbeza. Semangat kejiranan yg kuat. Pengurusan jenazah pun cepat dan mudah.

Fadilat ziarah.

Ziarah Kematian Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tatasusila Semasa Menziarahi

i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.

ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.

iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :

"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.

v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.

vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang sakit.

vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.

viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel