Telur Penyu Di HARAM Kan?!

Pernah makan telur penyu?
Sedapkan?
Bukan apa ni citer pasal WWF, bukan wrestling tau.
Diaorang dok cakap penyu dh makin pupus.
Jadinya salah satu faktor kepupusan ni sbb kiya makan telur penyu ni lah.

Mmm. Susah jugak kan.
Bila makanan halal diharamkan ni, org akan carik jalan jugak nak mkn.
Sedangkan makanan haram pun org dok baham jugak ini plak yang halal.

Jadinya, aku lebey risau kesan sbb pengharaman telur penyu nih.

1. Harga telur penyu akan melambung tinggi
2. Org sanggup buat apa shj kerana telur ni, silap2 ada sindiket curik telur penyu plak.

Itu baru kesan2 yang bole dipk oleh budak UPSR, harus diingat org kita mmg 'advance' bab2 jahat ni.

So, langkah2 selepas pengharaman tu yang lagi penting.

Ni berita penuh:

WWF gesa M'sia haram sepenuhnya makan telur penyu

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri Terengganu walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.

"WWF bimbang seandainya kerajaan lewat mengharamkannya, penyu mungkin akan pupus kerana jumlah pendaratan empat spesis penyu iaitu penyu belimbing, penyu karah, penyu agar dan penyu lipas di perairan pantai Terengganu semakin berkurangan.

"Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja sudah diharamkan, namun WWF mahu pengharaman memakan telur penyu ini meliputi semua spesis," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, hari ini.

Sehingga kini, telur penyu masih boleh didapati dengan mudah terutama di Pasar Payang yang menjadi tumpuan pelancong.

Malah, ia menjadi bualan mulut di kalangan pelancong yang teringin merasai keenakan telur penyu itu supaya datang ke Terengganu kerana ia boleh dibeli dengan mudah, berbanding Sabah atau Sarawak kerana kedua-dua negeri itu telah mengharamkan penjualan dan memakan telur penyu.

Rahayu turut meminta pihak berkuasa agama Islam supaya mencari nas atau dalil yang sahih untuk mengharamkan manusia memakan telur penyu dari pelbagai aspek.

"Saya pernah berjumpa seorang imam yang mengatakan haram untuk manusia makan telur penyu kerana kita tahu haiwan itu sangat kritikal dan boleh pupus bila-bila masa.

"Kami sebagai pencinta hidupan berharap perkara ini dapat dihuraikan dengan lebih lanjut oleh pihak berkuasa bagi membolehkan akta sedia ada dipinda segera," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel