Klik Klik

Monday, April 16, 2012

Bila Semua Orang Yakin

Tgk jer berita, x ada citer lain.
Kerajaan yakin dengan sokongan anak2 muda.
Lautan biru la merah la.

Bkk intenet pun sama.
Pembangkang yakin dengan sokongan rakyat.
Kita yakin boleh tawan putrajaya.
Sama gak lautan ijau la, kuning la.

Menjadi ketua mmg kene yakin.
kalo ketua x yakin, ahli ahli lagi la hancus.
Tp aku yakin jugak, kalo bab2 berhimpun ni x semua yang sukarela.
ada juga yang paksa rela.

Politik mmg mcm sesumpah.
Rakyat juga bijak.
Ada mkanan free, baju free, artis wat konsert.
ramai je yang datang.
x kira la sapa yang anjur.
Silap2 kat rumah, mcm2 warna baju ada. biru, ijau, kuning, ungu seme ada.
mana ada orang nak marah. sapa nak pergi check!
lain la kalo korang nampak anwar pakai baju biru n najib pakai baju kuning. tu da buang tebiat lah tu.

aku rasa itu la yang berlaku kat kebanyakan tempat.
rasa cam ramai sokong,  bila abis undi. lain plak jadinya.
jadinya, keyakinan tu bukanlah boleh dilihat dengan berhimpun saja. mmg bole jadi ukuran. tp bkn 100%.

yang penting, isu yang nak dibawa.
janji yang workable.

siapa yang dipilih menjadi calon. pun byk mempengaruhi.
calon yang tidak mempunyai masalah peribadi mmg ada advantage.
tp tiada masalah peribadi x menjanji kan kemenangan.
Pak Lah dah membuktikannya sebelum ini.
X payah la aku buktikan ayat di atas.
sejarah dh terukir.

Kita menjadi penentu hala tuju negara kita.
Ada org kata jgn tukar pemandu tgh2 jalan.
Aku kata kalau pemandu tu mengantuk lebih baik bagi orang yang tak mengantuk tolong bawakan. Kalau yakin dia tak mengantuk, x apalah. Suruhla dia bawa lagi.
Cuma dengan harapan pemandu yg sebelum ni bole berehat, segarkan mata baru lah tukar balik bila bersedia.

Amacam? Ada berani?
PRU semakin dekat, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...