Klik Klik

Friday, March 23, 2012

Pendapat TGNA Mengenai Urusniaga Dengan Yahudi

KOTA BHARU 23 Mac 2012

Mursyidul Am Pas,DatukNikAbdulAzizNikMat menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi merekatidakmempunyai agenda jahat.

Beliau berkata, faktor bangsa semata-mata tidakboleh dijadikan alasanuntuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala, sebaliknya perbuatan jahat yang diambil kira seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis.

"Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini kerajaan yang dibentuk parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia,apasahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram.

"Kalau kita bersekongkoldengan yang harammakaberdosalah,seperti budak mencuri motosikal, kalau kita membeli motosikaldia,ertinyakita bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan jahat mencuri,” katanya selepas kuliah Jumaat di pekarangan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.-UTUSAN

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...