Klik Klik

Monday, February 27, 2012

Terlajak Cetak Buruk Padahnya-Artis Bertatu Allah

Kalo dulu terlajak kata buruk padahnya, sekarang terlajak type sms ke, terlajak tweet ker, terlajak post fb ker buruk padahnya.
Ni pasal akhbar the star yang ter cetak gambar artis bertatu Allah.
Apa pun the star minta maaf di atas keterlanjuran tu.
Sekarang kene pk byk kali nak wat sesuatu.

Tp kalo pk2 bukan dari dulu lagi kita kene berhati hati wat sesuatu. agaknya ntah kenapa sekarang kita asyik 'ter' je. tertulis lah, tertendang la, yang terbaru tertolong book kan bilik hotel. ops. jgn.salah paham yer. jgn terpk benda lain pulak!!. hehehehe.

---------------------------------------------------

The Star minta maaf siar 'tatu Allah' di dada artis

Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily, dengan memetik pandangan seorang pembacanya, hari ini mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...