Klik Klik

Monday, February 6, 2012

Bila Dan Di Mana Boleh Dapat Baucar BR1M

Boucar BR1M boleh diambil di pejabat daerah 10:18AM Feb 6, 12 Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setelah mendapatkan baucar berkenaan, mereka perlu ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai.

"Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, saya minta mereka mengisi borang rayuan dengan segera. Bukan mengisi borang permohonan tetapi borang rayuan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di Ipoh, semalam.

Beliau berkata orang ramai yang belum menerima maklum balas berhubung permohonan mereka diminta bersabar kerana pihak terlibat sedang menyediakan surat panggilan penyerahan baucar berkenaan.

Ahmad Husni berkata terdapat rungutan daripada pemohon bahawa mereka tidak mendapat maklum balas sama ada permohonan mereka diterima atau sebaliknya.

"Ia dalam urusan....kita ada masa sehingga 15 Mac ini untuk menjelaskan pembayaran bantuan itu dan bagi saya ia mengikut jadual," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...