Asia Wall Street Journal

Bahan bacaan ni aku dapat dari MalaysiaKini.
Ia sekadar pengetahuan am.
korang nak percaya ke, x percaya ker ada aku kesah ker?
hehehe.
jadinya. baca dengan mata dn akal. bukan baca dengan emosi yer!!

--------------+-++++++++--------------------------------

Asia Wall Street Journal -AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

Untuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel