Arahan Menteri : Tangkap Pasangan BUKAN Suami Isteri

Esok 14 Februari.
Biasala heboh dah satu negara pun.
Hari valentine kan. Aku malas nak terangkan harik apa ni. korang carik la sendirik.
bukan susah pun.
yang menarik perhatian aku, ada arahan tangkap dari menteri.
elok lah tu. ramai.sgt dah remaja ker org tua ker yang beragama islam tp tak sedar sedar diri lagi.
tp sebenarnya, bukanlah kene tunggu hari valentine baru nak bertindak. seeloknya hari hari biasa pun pantau2 la jugakkan.
baru betul.
------------------------------------------------+-------
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel