Klik Klik

Monday, January 16, 2012

Ugut Letup Helikopter PM!

Adoi..pelajar pelajar sekarang dah pandai sangat gamak nyer..
Dah takder thesis nak kene wat..
Pendek kata.keje diaorang carik pasal jer..
Pelik??
Belajar la sampai abis dulu..
Menyusahkan bukan...
Dah habis kene tempias ngan pelajar lain..
Bende2 gini yang jadi mangsa nyer nanti..anak2 kita gak..
Dok elok2 dah ada ada kebebasan..dah kene control nnti...

Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Menurut Bernama, dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.
Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.
Sementara itu, Star Online, pula melaporkan pelajar berkenaan menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ...".
Portal itu juga memetik Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.
"Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dicekup di kampus di Nibong Tebal.
"Kes ini masih perlukan siasatan lanjut. Kami akan umumkan jika ada apa-apa perkembangan, " katanya dipetik Star Online.

2 comments:

aku_ein said...

Dulu ada orang ugut nak bunuh TGNA, tapi sampai sekarang senyap..mungkin budak ni nak bergurau..

Kalau xsuka kat PM pun, xyah la sampai nak bunuh..

Ramai gak menteri/ahli politik yang aku xsuka, tapi xde la samapai tahap bunuh..xsuka je..

Err..adakah aku akan dibuang keje..wahahah

Anonymous said...

aku pun tak suke gak ngan student2 y nk demo ke, bpolitik ke atau bt 'gurauan' kasar ni..blajar abis2 dulu..nnti baru la msuk mane2 parti y ko nak..nnti, bile da kene tangkap, ape pun tak dpt..ni bukn pasl menyokong atau tak sokong.. ni pasl mase depn student tu sndiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...