Soalan Bocor Money Drop!

Amboi, kalo soalan bocor. laju jer. hehehe
x la. sahabat aku ada tnya satu soalan ni.
dia kata mgkin soalan bodo, tp kalo soalan bodo mesti bole jawab kan. tp aku takde jawapan. jadinya aku amik inisiatif tanya pada mereka yang arif.

Soalannya berbunyi cam ni.

Soalan ini sekadar pengetahuan am. Bagaimana lorong touch n go membezakan kenderaan yang lalu itu, kenderaan biasa atau taxi? Kadar tol kenderaan ini berbeza beza kan. Untuk lori mgkin tidak muat utk dilalui di lorong touch n go.

----------------------------------------------------

Selamat sejahtera,

Terima kasih kerana menghubungi Touch'n Go.

Merujuk kepada soalan anda, ingindimaklumkanbahawa teksi hanya boleh membuat bayaran tol di laluan tunai sahaja. Walau bagaimanapun, Touch 'n Go telah mempromosikan kad Touch 'n Go Taxi Xs kepada syarikat pemandu teksi di mana mereka boleh menggunakan laluan Touch 'n Go untuk membuat bayaran. Kad Touch 'n Go Taxi Xs telah diprogramkan untuk kenderaan kelas 4. Kad Touch 'n Go Taxi Xs boleh didapati di mana-mana kaunter Hab Touch 'n Go.

Sekiranya tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2714 8888 (7.30 pagi -9.30 malam: Isnin hingga Ahad), emel kepada careline@touchngo.com.my atau layari laman web kami di www.touchngo.com.my. Kami sedia menjawab segala pertanyaan tuan.

------------------------------------------------------

Terharu aku, touch n go layan jugak soklan camni. hehehe.
Berguna x?
Takpelah, moral if the story.
tak tahu tanya!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Anonymous said…
hehehe..good!

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel