Klik Klik

Tuesday, January 10, 2012

May 2012 - Boleh Pilih Lesen Memandu Auto Atau Manual

IPOH 10 Jan. - Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

"Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

"Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar. Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA



3 comments:

c.a.s.t said...

Nasib baik xde plak lesen motor auto ngn manual.. haha

BLADE EDGE said...

bagus jugak.. tp kalo nak lg byk kelebihan baik la ambik lesen manual.

Toshio (Zharfan) said...

Lesen mesti manual aje. tak ade auto. Saya tak akan setuju lesen auto. Kereta di Malaysia masih banyak gear manual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...