Jom Belajar Nuklear Kat UTM Sept Nih!!

Jom..
Dari dok tulis ngarut kat FB..
Gi demo sana..demo sini.. cer pk nak sambung belajar ker..hehehehe..
Ni hebat woo..bukan calang2 orang bole masuk nih..


JOHOR BAHRU 19 Jan. - Buat julung kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear mulai sesi pengajian pada September depan.


Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, kursus seumpama itu merupakan yang pertama ditawarkan di institusi pengajian tinggi di negara ini.

"Objektif mewujudkan kursus tersebut mulai sesi akademik 2012/2013 ini bertujuan membekalkan tenaga alternatif kepada sistem yang ada sekarang.

"Kita (UTM) memberi peluang kepada mahasiswa dan calon mahasiswa mendalami hal berkaitan nuklear kerana nuklear diperlukan dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan tenaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM, Prof. Rose Alinda Alias sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM yang baru, di sini, hari ini. - BERNAMA



Comments

Unknown said…
kalau skolah menengah saya ambik kelas akaun...tpi saya ambil add math...boleh ke kalau nk blajar tntang nuklear ni?? maksudnye matrik mane yg boleh saya masuk untuk blajar nuklear sblom masuk universiti

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel