Islam Untuk SEMUA

Aku nak berkongsi citer sket ari ni.
Aku kenal seorang uncle ni sbb aku ada wat kerja luar sket sejak 6 bulan lepas.
setelah mengenali beliau hampir setengah tahun nih, byk bende aku pelajar hampir setiap kali berurusan dgn beliau.
yg menariknya, ilmu tu bukan ilmu duit semata mata, tp ada juga ilmu akhirat yang aku cedok.

rupa rupanya uncle ni aktif dlm NGO.
yg lagi menarik, NGO yg beliau aktif ni bkn sekadar cakap cakap kosong atau buat bende2 biasa.
NGO aktif memperjuangkan nasib palestin.
beliau beberapa kali pergi ke sana dan apabila berkongsi cerita tu, aku dapat rasakan tak semua org mampu buat macam beliau.
ye lah, sebelum pergi ko dah kene siapkan diri, siapkan wasiat, jelaskan pada keluarga yg pemergian tu mgkin pergi tak kembali!! korang agak2 kita mampu buat tak.
bila satu soalan cepu emas aku ajukan, apa compliment yg uncle dapat? beliau hanya menjawab,  ada! tp beliau kata, compliment tu tak dapat dihuraikan dgn kata2.
pejalanan penuh liku2 di bumi palestin tu hnya org yg pergi dapat rasa sambungnya lagi.

baru2 ni, aku tnya pendapat beliau ttg HIMPUN.
beliau ckp,  bende tu bagus tapi dia rasa pendekatan yg digunakan tak sesuai. erk, terkejut gak aku.
so aku tnya la kenapa?
Mungkin saya silap, pastu beliau kata, HIMPUN lebih kepada konfrontasi.
sbbnya beliau pernah berdiskusi dengan paderi2 membincangkan isu plg hangat iaitu murtad.
Paderi-paderi melihat dakwah org kristian tu adalh satu usaha yg dilakukan bkn untuk memurtadkan org islam. tp adalah usaha membimbing. kompius jap aku.
Beliau sambung lg, pernah org kristian ckp pada beliau, org islam kat malaysia ni dah terpesong jauh, kalo kami tak berdakwah kami takut mereka semua ni aku masuk neraka!
erk! itu pandangan org kristian pada org kita sebenarnya!
jadi diaorang rasa itu tangungjawab utk mereka kembalikan org org sesat ni ke jalan yang betul.

Dia tambah lagi, walaupun mmg ada peruntukan undang2, agama islam agama rasmi. kita tak bole amik mudah n pk perkara dakwah ni kita x perlu buat.

amik contoh paling mudah.
kalo ade dua gerai yg jual produk hp tp brand yang berbeza.satu gerai bwrsungguh nak jual, satu lagi lepak jer.
kita tau semua org pakai hp sekarang.
nak jual bende baru tp kita tahu org tu dah ada hp lama.
dh tentu kita kene ada satu pendekatan berbeza.
mereka yg pandai amik hati org dh tentu akan berjaya tarik pembeli.

beliau sambung lagi, Islam bukan untuk melayu sahaja. Islam adalah untuk semua.
ramai org pk, Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu.
kita patut keluar dari kepompong pk cara mana untuk dekatkan org dgn islam.

terbukak jap minda aku.
tiba2 aku terasa nak tnya pasal Hassan Ali.
Tu pun dia ada pendapat dia sendirik.
nak tau?
esok2 lah aku citer.
ni bukan blog politik. hehehehe.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel