Hang Tuah, Hang Li Po Tidak Wujud!!

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Comments

Anonymous said…
aku agk stuju dgn Prof ni...slagi crite parameswara dtg ke Melaka dan sejarah Tanah Melayu@Msia adalh betul dan tak terjejas..aku ok jer..Hang Tuah ni benar2 sejarah @ mitos utk melayu..tu hanye pengkaji sejarah je y dpt mkaji...klau betul cite perjuangan HT ni, harp takde la dimanipulasi...
Anonymous said…
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel