Berkira-kira Untuk Pendidikan Anak

Pagi2 aku anta anak anak g tadika,
pagi2 jugak melayan kerenah aku no2 yg agak sukar nk g tadika.
anak aku yg sulung, Alhamdulillah.
dh paham agaknya keperluan untuk belajar.
ye lah, kalo kita dok ckp, kalo tak belajar nnti susah. mgkin dia paham jugak akhirnya penting nya belajar.

aku ni golongan pertengahan.
x kaya, x miskin.
Alhamdulillah sekali lagi.
cumanya tiap2 kali aku anta anak aku, aku perati jer kete2 yg menghantar anak2 kat tadika nih.
mak aih, kete besar2 je a.k.a ratus2 ribu la.
bukan per, tempat tadika yg aku anta tu pun tak lah nak kata murah sgt, tp org kata berpatutan.
tiba2 aku terpk, mak ayah diaorang ni mampu pkai kete mahal2? tp berkira kira plak nak letak anak kat tadika yg lebih elok.

kalau aku lah, dh tentu aku masukkan anak aku tadika yg lagi bagus. betul, aku juga setuju kalo mahal tak semestinya bagus.
tp pada aku, kalo kita byr mahal kita dah tentu boleh demand kan.

tp sayang, kita tersalah meletakkan keutamaan.
nak kete besar, rumah besar. tempat didikan anak2, kalo bole nak yg murah sekali. amacam? terasa ker?
setakat ni alhamdulillah Allah bg petunjuk kt kami, aku n wife aku still meletakkan didikan anak sebagai keutamaan.
tp bknlah sampai keperluan asas mcm tpt tggal, susu, mkn, minum diabaikan.
itu lagi utama. takkan nak kene ikat perut lak semata mata nak tadika yg elok.
so, pokok pangkal nya kene sedar keperluan atau kemahuan.
kereta mmg betul satu keperluan, tp bila satu2 masa ia akan bertukar menjadi kemahuan.
tp pelajaran anak2 satu keperluan kan! pernah x pada satu2 masa ia bertukar menjadi kemahuan? mmm. aku tak ada jawapan.

by the way, penulis hanya pakai kancil. so what? kalo tgh jem. Ferrari kat sebelah aku pun x bergerak!!!! hahahahaha.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Comments

aku_ein said…
Kat putrajaya mungkin ada pilihan..kalau kawasan pinggir bandar, mungkin lebih tertumpu pada tadika kemas..yang swasta mungkin xbanyak + takut orang yang wat private taska xde pengalaman nak jaga anak kita..

setuju dengan pendapat ko, pentingkan mana yang lebih perlu..

ala aku pun pernah potong kereta ferrari, sebab aku pakai tng, dia dok beratur kat tunai..

wahaha..

p/s:aku pakai kancil gak, tapi beli cash (2nd je la), diorang pakai ferrari aka keta mahal masih pening nak fikir bayar bulan2..hehehe

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel