Klik Klik

Thursday, February 17, 2011

Billionair Malaysia - Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

Tahniah diucapkan kepada mereka..aku rasa ..apa yang mereka capai..bukan senang..aku tak rasa mereka duduk2..lepak2..alih2 jadi billionaire...x mungkin bukan..tp yang menjadi kemusykilan.. x ada sorang pun antara mereka ni datang dari MLM..aku tak bermaksud nak memperlekehkan MLM..tp kalo tgk flyers diaorang tu...fuh ter'angkat' habis..dgn tag line.."Duduk Goyang Kaki..Tapi Duit Masyuk'..antara contoh tag line yang diaorang tulih kat flyers la..so apa yang bule kita simpulkan..bukan senang nak senang..

Tp dalam masa tu..sayang la kan...err..baper kerat je melayu..ehh..aku tak bole tnya?..apa?..nnti rasis..hmm..cuma aku cuma nak mengingatkan..bertuah nye kita kat bumi malaysia..ni kita..tak kira la melayu..cina ..india..kadazan..dusun..apa sekali pun..kalo dok rasa tak adil ke..org melayu je lebey jer ke..lebey tang mana tuh?? mai citer sat.dlm list bilionaire ni pun susah nak nampak...aku tak paham..so..tak payah la..nk wat bende2 mengarut..kerja elok2..bg makan anak bini..InsyaAllah..akan bertambah aman sentosa malaysia nih..

Tuesday, February 15, 2011

Kenali Manusia Teragung - Rasulullah S.A.W

Detik Kelahiran


Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya .

Sewaktu Bayi

7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan menamakanya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".

Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.

Tujuan baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa:

Udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.

Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik.

Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)

Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup.

Zaman kanak-kanak

Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di Madinah semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia.baginda dipeliharapula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.

Zaman Remaja / Belia

Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan barang dagangannya ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.

Berusia 40 Tahun

Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5

Berusia 63 tahun

Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah

Monday, February 14, 2011

Nasihat Negarawan

Pagi2 isnin ni nak citer sket..ringkas jer...
Ader tgk rancangan SITI dia astro ria mlm sabtu lepas..
Walaupun temuramah tak panjang mana..tp ader nasihat2 yang jelas untuk kita..

aku teringat sana..petua Tun M..jaga kesihatan..kesederhanaan dalam semua aspek..
tp yang paling best..Tun ckp..kalo makan tu..bukan setakat berhenti sebelum kenyang..
tp 'Berhenti Bila Rasa Sedap!!"..tak paham?..pk2 la kan..ekk..

Sunday, February 13, 2011

Perlu Ujian Kesihatan Kepada ADUN

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Ni berita kita terima semalam..Al- Fatihah diucapkan kepada Allahyarham..dan Takziah kepada keluarga allahyarham..

Kali ni nak bawak isu berat sket..ajal maut memang ditangan tuhan..sejak kita dalam perut lagi kita ..takdir kita dah ditulis..tp melihat kepada perkembangan politik tanah air sekarang..rasanya..tak keterlaluan untuk kita pastikan yang setiap wakil rakyat yang bertanding perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik..malah kalo ada baca dalam Malaysia Kini..ada statistik yang agak membimbangkan..



Tidakkah statistik itu menunjukkan ada penyakit yang sudah sedia ada ketika wakil diputuskan untuk menjadi calon parti politik masing2..Aku melihat secara universal dan tidak tertumpu kepada satu2 parti politik sahaja..

Jadi ..aku rasa pihak yang berkenaan haruslah pandang serius perkara ni..sejajar nak menuju negara maju ni..jgn abaikan kesihatan diri..dan generasi muda perlu mengambil iktibar..kalo ada yang nak pasang angan2 nak jadi wakil rakyat..selain pandai bercakap..mcmana tahap kesihatan anda..nak bg yang terbaik untk rakyat..perlu perispkan diri dari semua aspek..betul tak!?

Saturday, February 5, 2011

Grand Theft Auto - Satria GTI

Ni sempena cuti raya cina ni..ramai yang balik kampung..rumah dah kunci elok2 ker??..suis2 lampu dah tutup?..Especially yang kat bilik air tu..ha..check jgn tak check...dapur gas..sterika??..check seme ekk..

Ni nak citer sket la..seingat aku..citer pasal orang 'aim' nk curik kete satria gti ni bukan perkara baru..masa aku kat univ dulu pun bising2 gak..tp semalam..kenyataan media kat bawah nih..

Pegawai Turus Cawangan Risikan Jenayah (D4) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof berkata, sepanjang tahun lalu, polis menerima sebanyak 738 laporan kecurian kereta.

Katanya, daripada jumlah itu, hampir 70 peratus kenderaan yang hilang terdiri daripada kereta nasional termasuk 60 buah daripadanya adalah Proton Satria GTI.

Mengejutkan gak..ingat ker dah suam2 dah satria gti..tp masih jadi pilihan utama pencilok-pencilok kereta nih..sekarang ni dah mcm2 alat yang canggih manggih boleh digunakan bg memastikan thp keselamatan kereta kita terjamin..mgkin x salah kalo berbelanja sket..Adios..

Harga Petrol Akan Naik!? - Apa Daya Kita?

 LUMPUR – Krisis politik di Mesir jika dibiarkan berpanjangan dibimbangi mengakibatkan harga minyak dunia terus melambung sekali gus akan turut memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Majid (gambar) berkata, krisis tersebut yang sudah pun berlarutan lebih seminggu telah mengakibatkan kenaikan harga bahan bakar dunia kepada kira-kira RM310 setong ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila aktiviti ekonomi menerusi Terusan Suez, Mesir yang merupakan laluan tunggal perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia sudah mula terganggu.

“Jika terusan itu terganggu, ia sudah pasti menimbulkan masalah paling besar iaitu harga minyak dunia terus meningkat termasuk di negara kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Friday, February 4, 2011

Brendan Gan

Dulu time2 Bola Sepak Semi Pro..kalo sapa2 follow..mesti kenal Fandi Ahmad..Ervin Boban, Abbas Saad..ala..antara awang2 import menghiasi bola sepak kita la..aku rasa masa tu..liga bola kita mmg dapat sambutan..ada game jer..mesti orang beria-ria nak g stadium negeri masing2..sekarang ni walaupun dah nampak kemajuan dari segi sambutan penyokong..aku harap keaadaan ni akan berterusan..jgn kerana kita hanya dah menang Piala Suzuki sbb sokong bola sepak kita..tp sbb kita mmg ikhlas nak tgk sukan bola sepak kita maju mcm negara lain..

Dahulu..skuad kita ni..Jepun n Korea Selatan pun gerun..kalo setakat dlm ASEAN..sapa2 pun tak berani lawan kita..bukan kelas kita kata diaorang..maksudnya ..kita ni dah terlalu kuat waktu tu..tatkala jepun n korea makin ke hadapan..kita merudum jauh ke belakang..hanya kita sekadar berbangga dengan lagenda-lagenda dulu...

Kali ni..aku nak kongsi sket pasal Brendan Gan..Anak kacukan Australia n Malaysia ni nampak gaya nye berminat nak sertai kita..lepas di interview oleh astro awani baru2 nih..minat betul dia nak sertai Malaysia..
Pendapat aku..tak salah pun bagi dia peluang..bukan nak kata dia dah main kat Liga Australia so dia terus je dapat tiket percuma sarung jersi negara..tp x salahkan kalo jurulatih bukak pintu..evaluate betul2..then decide larr..

Ye lah orang malaysia ni..aku pun tak paham..termasuk diri aku sendirik lar..suka sangat wat spekulasi..itu lah..ini lah..tu yang last2 satu hapak pun tak jadik..sbb takut pun nak cuba...korang boleh google nama Brendan Gan nih..terus kuar dalam wikipedia..panjang lebar pasal dia..kalo dia boleh bantu majukan bola sepak kita..kenapa kita tak sokong...kan..

Wednesday, February 2, 2011

8 Step Mudah - Teknik Pertahankan Diri


Sempena nak sambut tahun baru cina nih...ni nak kongsi sket teknik mudah ala2 kung fu gitu..teknik nak mempertahankan diri..sakng nih kan..bahaya di mana2..kot2 mana tahu kalo tak ingat ikut turutan pun tak per..at least bole terfikir ..camana nak pertahan diri kalo di serang..

Mula2nya rasa nya nak fokuskan pada kaum hawa jer..tp..rasanya sekarang ni dah tak mengira jantina dah..so yang laki pun tak salah rasanya kalo tahu serba sedikit step nih..tak rugi kan..

Satu masa dahulu..kita digalakkan masuk silat..taekwando ker..rasanya skang ni dah kurang dah..remaja ..lagi suka berfesbuk..tak pon berblog..so kemahiran yang paling kompem ada pada diri diaorang adalah 'menaip' dah search 'google'.kompem la..

Sekali-sekala..x salah mak ayah g anta masuk aktiviti seni mempertahankan diri ni..walaupun kata orang..skang ni pakai pistol je..tembak jer...InsyaAllah..mgkin ada gak kegunaan nyer jugak suatu ketika nnti..x ada siapa pun yang tahu..

Ok..pe pun..tgk2 la step tu ek..

Tuesday, February 1, 2011

Perihal Ariel,Hakim Syarie..

BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.


Di negara kita..

GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.

Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.
Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.

Tu la dunia zaman sekarang nih..kalo dah artis tu..bila orang cakap yang bukan2 melenting plak..kata fitnah la ..apa la..aku bukan nak kondem mana2 artis..aku tak ada bukti pun..dlm masa yang sama..artis pun mgkin akan ckp..zaman sekarang ..tak ada siapa pun bole percaya..hakim syarie pun belum tentu buat apa yang dia dok cakap pada pesalah2 kat kandang mahkamah diaorang...

So..senang citer..sendiri kene mau ingat larr..pada Ariel ..tu baru hukuman dunia jer..selagi masih ada kesempatan ni..bertaubat la segera..InsyaAllah pintu taubat tu masih terbuka luas...

Pada ..Hakim yang arif..harap2.dakwaan itu tidak benar belaka..ye lah..malu pada mereka2 yang telah anda jatuhkan hukuman..bila dapat tahu yang anda pun melakukan perbuatan yang anda sendiri larang..malu kan..ibarat ayah yang marah anaknya mencuri..tp ..rupa2 ayah pun mencuri gak..malu wehh...

Adios...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...