Ubat Yang Boleh Di Ambil Ketika Hamil

Kehamilan dan Ubat-ubatan

Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan anda? Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?

Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk

berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.

Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan

yang sedang anda ambil.

Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?

Masalah dan Jenis ubat-ubatan

Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam: Paracetamol

Sembelit: Serat (bran, ispagula dan sterkulia).

Julap (laktulosa - selamat bagi jangka masa pendek).

(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).

Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa): Diosmin, hesperidin (Daflon

Batuk dan selesema :Guaifenesin dan dekstrometorfan

Difenhidramin (Benadryl)

Ubat batuk Vicks

Vicks VaporRub

Melegakan Alahan :Klorfeniramin (boleh menyebabkan mengantuk)

Dekongestan ataupun pelega kesesakan dada (Pseudoefedrin, fenilefrin, oksimetazolin) perlu dielakkan diawal kehamilan.

(Elakkan penggunaan semburan dekongestan kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung.

Ketidakhadaman, kembong perut, ketidakselesaan perut: Antasid untuk ketidakhadaman asid atau pedih ulu hati (Mylanta, Maalox, Gelusil).

Simetikon untuk perut kembung

Semakan akhir : 14 April 2008

Sumber: Info Sihat

Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel