Juara Maharaja Lawak Mega Musim Pertama

SHAH ALAM 31 Dis. - Kumpulan paling popular dalamMaharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai olehOs dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulanBoboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000diikutisetmeraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.

Pada pertandingan peringkat separuhakhir diJohor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahuluisemua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikutiSaehu (59), Syok(58) dan Pi Mai (49).

Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.

Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.

Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi olehdua lagi kumpulaniaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziahdan Arif Sudin dan Saehu

Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel