Dividen ASB 2011

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASBakan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments

ojah said…
comel kucing awak :)

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel