Klik Klik

Wednesday, October 12, 2011

Tol Lebuhraya Cheras-Kajang Naik 2013

Menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.

Tempoh konsesi lebuhraya itu akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi untuk menangani isu "kebocoran trafik" di lebuh raya berkenaan, katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih sedang mengkaji pilihan yang dipertimbangkan sebagai langkah bagi meringankan pengguna," katanya lagi dalam satu jawapan di Dewan Rakyat.

"Kebocoran trafik" di kawasan Bandar Mahkota Cheras itu berlaku ekoran tindakan penduduk menggunakan satu jalan pintas yang membolehkan mereka mengelak daripada membayar tol.

Shaziman menjelaskan, tempoh asal konsesi tersebut ialah selama 30 tahun - daripada 19 September 1995 hingga 18 September 2025.

Konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, katanya, menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras).

Tambahnya, kerajaan telah menjelaskan pampasan tunai sebanyak RM105.15 juta kepada syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (GSSB) sehingga Disember 2010.

"Sebahagian besarnya disebabkan oleh penstrukturan semula kadar tol yang dimeterai melalui perjanjian konsesi tambahan pada 2002,"
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...