Masuk haram keluar halal!!!

hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri!
pastu korang sambung la yer.
x ada apa sebenarnya, ni cite pasal PATI.
untung diaorang nih.
korang tau kan program pemutihan tu kan.
la ni kerajaan kita dah bg pengampunan, depa bole balik kampung tanpa was was.
aku bukan nak kritik langkah kerajaan bagus tak bagus.
diaorang dah kaji la tu.
aku harap sgt diorang ni jgn amik kesempatan nak balik kampung pastu dtg balik plak.
haru weh. letih la nak wat program pemutihan ni.
byk lagi keje lain kita nak wat.
imigresen pantau elok2 ek.pastikan muka2 yang dah balik ni jgn masuk mesia lagik.

ni aku amik dr utusan.

Lebih 20,000 PATI diampun dan keluar dari Malaysia

21/10/2011 3:10pm

PUTRAJAYA 21 Okt. – Seramai 21,104 pekerja asing tanpa izin (PATI) dari 48 negara telah diampun dan dibenarkan keluar dari negara ini sejak proses pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula 1 September lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, daripada jumlah itu, PATI dari Indonesia berjumlah 13,167 orang diikuti India (2,141), Myanmar (866), Nepal (833), Kemboja (751), Filipina (741), Bangladesh (708), Vietnam (674), Sri Lanka (490), Pakistan (364) dan China (211).

"PATI yang diampun ini telah disaring bersih daripada sebarang rekod kesalahan jenayah dan mereka dibenarkan pulang dengan segala kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh setiap PATI berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Daripada jumlah yang direkodkan keluar sehingga hari ini, 17,597 memilih pengangkutan udara, 3,458 menggunakan laluan laut dan baki 49 orang memilih jalan darat, kata Mahmood.

Katanya, kos pengangkutan pulang bagi keseluruhan PATI berkenaan dianggarkan RM75 juta.

"Ini adalah sebahagian strategi penjimatan yang dirangka KDN di bawah pelaksanaan Program 6P. Selain mensyaratkan PATI yang diampun pulang menggunakan kos masing-masing, PATI yang menyerah diri kerana tidak berdaftar dalam program itu atau yang ditahan ketika operasi penguatkuasaan juga bakal terikat dengan konsep serupa,” katanya. – Bernama
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel