Patut la ramai x kene tahan...

Akhir2 ini, byk isu2 sensitif yang diperjuangkan oleh golongan tertentu merisaukan rakyat marhaen nih..dan ramai juga menggesa mereka2 yang terlibat ini ditahan di bawah Akta ISA...tp apa yang kita lihat sebelum dari isu Bersih 2.0 lagi tiada tangkapan di bawah Akta ini di buat..kalo ader pun di bawah akta2 lain dan di bawah bidang kuasa polis..

Semalam akhirnya terjawab.sebahagian teks PM sempena Hari Malaysia..

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

 Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

 Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

 Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.'

Pemansuhan ISA membawa era baru kepada negara kita...sbagai rakyat yang mempunyai kuasa mengundi..mgkin ramai yang bersetuju..segala perubahan asalkan membawa kebaikan..itu tak akan menjadi masalah...kalo terus menerus mencari salah orang lain ..dan hanya mengejar kepentingan peribadi..x kira lah kerajaan atau pembangkang..mampukah kita menjadi negara maju  menjelang 2020...cukuplah menimbulkan isu yang remeh temeh..kami dah letih!!...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel