Klik Klik

Tuesday, June 28, 2011

Kenapa 9 Julai ?!

Ntah kenapa..tiba2 tarikh 9 Julai menjadi sebut-sebutan...aku bukan penyokong tegar mana2 politik..
Sorry ekk.. x berminat nak komen sapa yang betul..sapa yang tak betul..

Tapi aku bole kompem.. aku tak suka orang ganggu ketenteraman awam..

Sehingga ke hari ini..aku belum pernah lagi gelak2 pecah perut sebab tgk atau dengar berita pasal peperangan ker..or..budak kene bom ker...keganasan kat mana2 ker..belum pernah..

Di sebabkan ader soalan dari budak sekolah Darjah 5Lukman semalam..kenapa pilih 9 Julai?..tiba2 aku tersentak..x pernah pk pun aku...aku tak ada jawapan..so aku mengalihkan perhatian dia.. ckp..jgn sibuk2..abiskan karangan soklan penulisan tuh..ader 15 minit lagi..biasa..ayat taichi..daripada seorang guru yang tak mempunyai basic mengajar budak sekolah..hehehe..

So..pg ni teriba teringat..so apa lagi..tanya la pakcik Google kita..ni penerangan dia..


(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

9 Julai merupakan hari ke-190 (hari ke-191 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 175 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Argentina (1816).


Mari kita lihat acara lain yang pernah berlaku pada 9 Julai nih..

1357 - Batu asas Jambatan Charles di Prague diletakkan oleh Maharaja Rom Holy Charles IV.

1789 - Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.

1900 - Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan perkenan diraja untuk akta penubuhan Komanwel Australia, dengan itu menyatukan tanah-tanah jajahan yang berasingan di benua itu.

1922 - Johnny Weissmuller berenang gaya bebas 100-meter dalam masa 58.6 saat, memecahkan rekod renang dunia serta "rintangan minit".

1955 - Manifesto Russell–Einstein yang ditandatangi Albert Einstein, Bertrand Russell dan 9 lagi cendekiawan dan ahli sains diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar terhadap kemandirian manusia.

2002 - Kesatuan Afrika (gambar lambang) diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU), dengan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki sebagai pengerusi pertama.

2006 - Zinedine Zidane mendapat kad merah dalam perlawanan terakhirnya pada perlawanan akhir Piala Dunia.



Haa..baru aku tahu...keadilan apa yang nak dituntut...by the way..korang tahu kenapa 9 Julai ??........

1 comment:

BLADE EDGE said...

xtahu pulak rupenye ada sejarah dgn tarikh tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...