Kempen Boikot Astro!?

'Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro sebagai membantah kenaikan bayarannya. '

Kempem ni bukan nyer mustahil bole wat..tp ..x lain x bukan mcm kempen nak suh org berhenti merokok la..mcm2 la alasan org diberi nnti..mcm rokok gak..bukan saje mahal..bahaya kan kesihatan lagi..x cukup ngan tu..fatwa kata haram merokok lagi..pun begitu..pengeluar rokok..masih lagi tersenyum lebar kan..letak la amaran bergambar ker..silap2..letak amaran bersuara or bervideo pun belum tentu org berhenti isap rokok wei..so berbalik semula..pada ASTRO...Kata aku..kenapa kempen ni agak mustahil la..:

  1.  Rancangan realiti byk wei..takkan penyokong2 tegar mereka sanggup x langgan astro..Imam Muda..Maharaja Lawak..Jaguh Kampung..aii..mcm2 lagi la..
  2. Peminat bola...tok sah cakap la..ini pun punca rezeki kedai mamak2 gak time EPL nnti...diaorang ni fanatik...makan bola..tido bola..baii..
  3. Err..ari tu Utusan gak dok canang..cakap ASTRO yang kasi lonjak pencapaian budak2 UPSR.. aii..takkan nak berkira duit baii..kalo utk kebaikan pendidikan anak2...
  4. Ishh..lupa plak lagi satu..Kementerian Belia Dan Sukan pon dok puji ARENA (801)..haa..kalo utk kemajuan sukan tanah air..dan menarik minat org mesia sokong pasuka mesia..err..takkan nak turunkan semangat kesukanan rakyat plak...
  5. Kebanyakan radio utama pun ASTRO yang conquer..so takkan ERA n SINAR nak suh pendengar boikot astro kot...aiii..kene pecat DJ tu nnti..
  6. Ni mgkin alasan yang agak remeh lar.. aku takut...kita dah tak jumpa arial tv yang kat luar rumah tu ada jual lagi..ala..yang mcm tulang ikan tu lah..mana tak nyer..kalo amik pakej yang plg rendah tu kan skalik ngan siaran tv yang free...kalo kene kat kawasan signal lemah.. xleh pakai arial tv indoor jer..langsung x dpt tgk tv....hehehehe....
 Aku tak tahu la sejauh mana kempen ni boleh sekat ASTRO naikkan caj diaorang..kalo berkesan Alhamdulillah..tp nak ajak semua orang boikot tu memerlukan modus operandi yang agak effektif la..setakat ni baru guna media-media utama cam buletin utama tv3...flyers2 x jumpa lagi la..iklan2 kat radio pon belom lagi...apa pun tunggu je la...

Anyway ..pinjam kata2 Muhammad Ali - Impossible is potential. Impossible is temporary. Impossible is nothing.

Comments

THE GREEN said…
xtau la sejauh mana berkesannya kempen boikot ni kalo dah ramai peminat sukan dalam n luar negara yg tonton melalui astro. patutnya menjadi tugas pihak astro utk pertimbangkan sewajarnya mengenai bayaran langganannya.
aku_ein said…
hehehe..boikot ke bro..sedikit info..tahun lepas aku pegi pakcik orang rumah aku kat kuala krai-gua musang.rumah buruk tapi masing2 pasang astro.bila aku tanya, abang ipar aku cakap, sini signal mana dapat, so diorang terpaksa la pasang astro..dengar cerita sabah n sarawak pun sama..

dengan kata lain, kalau boikot camne la diorang nak tengok tv.rasanya internet coverage kat kawasan ni pun hampeh gak kot..hehehe..xtau la..

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel