Klik Klik

Tuesday, February 1, 2011

Perihal Ariel,Hakim Syarie..

BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.


Di negara kita..

GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.

Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.
Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.

Tu la dunia zaman sekarang nih..kalo dah artis tu..bila orang cakap yang bukan2 melenting plak..kata fitnah la ..apa la..aku bukan nak kondem mana2 artis..aku tak ada bukti pun..dlm masa yang sama..artis pun mgkin akan ckp..zaman sekarang ..tak ada siapa pun bole percaya..hakim syarie pun belum tentu buat apa yang dia dok cakap pada pesalah2 kat kandang mahkamah diaorang...

So..senang citer..sendiri kene mau ingat larr..pada Ariel ..tu baru hukuman dunia jer..selagi masih ada kesempatan ni..bertaubat la segera..InsyaAllah pintu taubat tu masih terbuka luas...

Pada ..Hakim yang arif..harap2.dakwaan itu tidak benar belaka..ye lah..malu pada mereka2 yang telah anda jatuhkan hukuman..bila dapat tahu yang anda pun melakukan perbuatan yang anda sendiri larang..malu kan..ibarat ayah yang marah anaknya mencuri..tp ..rupa2 ayah pun mencuri gak..malu wehh...

Adios...

1 comment:

BLADE EDGE said...

salam bro...

zaman skrg ni semua org kene beringat..xleh dah nak main tuduh sebarang2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...