Klik Klik

Thursday, February 17, 2011

Billionair Malaysia - Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

Tahniah diucapkan kepada mereka..aku rasa ..apa yang mereka capai..bukan senang..aku tak rasa mereka duduk2..lepak2..alih2 jadi billionaire...x mungkin bukan..tp yang menjadi kemusykilan.. x ada sorang pun antara mereka ni datang dari MLM..aku tak bermaksud nak memperlekehkan MLM..tp kalo tgk flyers diaorang tu...fuh ter'angkat' habis..dgn tag line.."Duduk Goyang Kaki..Tapi Duit Masyuk'..antara contoh tag line yang diaorang tulih kat flyers la..so apa yang bule kita simpulkan..bukan senang nak senang..

Tp dalam masa tu..sayang la kan...err..baper kerat je melayu..ehh..aku tak bole tnya?..apa?..nnti rasis..hmm..cuma aku cuma nak mengingatkan..bertuah nye kita kat bumi malaysia..ni kita..tak kira la melayu..cina ..india..kadazan..dusun..apa sekali pun..kalo dok rasa tak adil ke..org melayu je lebey jer ke..lebey tang mana tuh?? mai citer sat.dlm list bilionaire ni pun susah nak nampak...aku tak paham..so..tak payah la..nk wat bende2 mengarut..kerja elok2..bg makan anak bini..InsyaAllah..akan bertambah aman sentosa malaysia nih..

5 comments:

BLADE EDGE said...

salam bro...

baru2 ni ada tgk news ni kat niteline tv3...masih dikuasai oleh dewa gula tu :-D

zahidah dihaz said...

memang bukan senang nak senang..dan bukan susah nak susah....


Tentatif program semalam:

1. Derma darah @ UiTM

2. BPIEF @ BCCK

3. Karnival Mesra Belia Sarawak

Anonymous said...

orang lain dok sibuk cari kekayaaan, orang melayu sibuk cari ketuanan. ni la jadinya.

My Little Diary said...

salam

apa kabar tuan belog... huhu

semua org nak jadik kaya... biarlah kaya dgn budi bahasa...

gilastats said...

Wah... kayanya org2 kita yer, rupanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...