Pasport Online?? Emm...

Imigresen perkenal permohonan pasport secara online

02/11/2010 3:00pm

KOTA BHARU 2 Nov. - Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh berkata, perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.
“Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, hari ini.
Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran pasport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang. - Bernama


Tetiba aku terpk sesuatu..sekarang ni dah dalam masa sejam dah bula wat passport..perkenalkan sistem online ?? betul value for money..aku paham ..kalo kita dah baik..nak baik lagi..cuma aku takut..perkenalkan siste...kene labur duit kan? so harap2 kita cuba nak jimat RM1 tp keluar modal RM100..paham x?? heheheh...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel